Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pulau Sebatik yang terletak bersempadan dengan negara jiran Indonesia masih memerlukan banyak pembangunan prasarana, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Pulau Sebatik perlu pembangunan prasarana

TAWAU, 26 April : Pulau Sebatik, yang bersempadan dengan negara jiran Indonesia, masih memerlukan banyak pembangunan prasarana, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya, ini bukan sahaja kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan air luar bandar, malah jeti di beberapa buah kampung di pulau tersebut perlu juga dinaiktaraf.

“Saya dan Ketua Setiausaha Kementerian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah (Datuk Jahid Jahim) telah bersetuju untuk mengkoordinasi bagi membolehkan projek dilaksana lebih teratur di Pulau Sebatik ini,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke pulau berkenaan.

Terdahulu beliau berkata, lawatan kerja yang dilakukannya ke pulau tersebut adalah bagi meninjau projek-projek prasarana rakyat yang akan dibangunkan di bawah KPLB.

“Kita ada jalan yang telah diluluskan dalam RT2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu membina jalan dari Kg Sungai Pukul ke Kg Sungai Bergosong dengan kos RM59 juta membabitkan jarak sejauh 8.3 kilometer.

“Dan projek kedua, kita telah minta dalam RT3 untuk membina jalan dari Kg Sungai Melayu ke Kg Sungai Pukul iaitu sejauh 9 kilometer dengan kos RM94 juta.

“Projek ketiga membabitkan klinik kesihatan jenis 6 di Kg Sungai Haji Tamang yang sekarang dalam proses memuktamadkan harga. Ini semua projek di bawah KPLB yang akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Pada lawatan tersebut, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada golongan asnaf di Kampung Sungai Laba, Pulau Sebatik.

Dalam pada itu, beliau yang berkesempatan meninjau sempadan negara di Kg Sungai Haji Kuning melihat banyak perubahan dan akan membawa permasalahan di kawasan sempadan kepada kerajaan persekutuan dan kementerian berkaitan.

Turut hadir Menteri KPLB Sabah, Datuk Jahid Jahim, dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan