Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Motosikal terhumban di parit, lelaki maut kemalangan di Mukah

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 25 April: Lelaki 21 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Kampung Jebungan, Mukah sekitar pukul 12:15 pagi tadi.

Mangsa, Keevan Robert disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Bingkok John dalam kenyataannya berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan datang dari arah Kampung Penakub menuju Kampung Jebungan.

“Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan terhumban ke dalam parit.

Pegawai Perubatan Hospital Mukah mengesahkan kematian mangsa,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan