Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari menghadiri sesi dialog ekonomi di Singapura

KUCHING, 25 April : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput menjadi tetamu sesi dialog, S. Rajaratnam Endowment Dialogue (SRED) Dinner, 2022 di Singapura.

Menerusi kenyataan daripada Pejabat Premier Sarawak, dialog yang akan berlangsung pada Selasa petang itu berkisar mengenai “Perkembangan Ekonomi di Asia dan Dunia” dan akan turut menyentuh strategi pembangunan Pasca COVID-19 2030 termasuk Ekonomi Digital, Ekonomi Hijau, Ekonomi Hidrogen, Autonomous Rapid Transit (ART) Pusat Sains Sarawak dan Pertanian Komersial.

Turut serta dalam sesi dialog tersebut ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi, Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datu Dr Muhammad Abdullah Haji Zaidel dan Ketua Pengarah Eksekutif Sarawak Energy Bhd, Datu Sharbini Suhaili.

Sesi dialog tersebut akan diadakan di The Arts House, 1 Old Parliament Lane dengan kerjasama Straits Time dan International Strategy Forum (ISF).

Program tersebut juga merupakan salah satu program utama Schmidt Futures.-TVS

Kenyataan dari Pejabat Premier Sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan