Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PBB tampil muka baharu dalam PRU-15 - Abang Johari
PBB tampil muka baharu dalam PRU-15 - Abang Johari

PBB bakal tampil muka baharu PRU15 – Abang Johari

SIBU, 24 April : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menampilkan muka baharu sebagai calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Presidennya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana terdapat ahli parlimen parti itu yang telah menyampaikan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi mereka.

“Mereka (Ahli Parlimen PBB) kata sudah tiba masanya untuk mencari pengganti atau memberi laluan kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tri-tahunan Kali Kelima Parti Rakyat Sarawak (PRS) di sini hari ini .

Yang turut hadir, Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Pemangku Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum dan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP),Datuk Seri Tiong King Sing.

Sementara itu ketika ditanya sama ada beliau menasihatkan kesemua parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya meletakkan lebih ramai calon wanita pada PRU15, Abang Johari berkata, keputusan itu terpulang kepada kepimpinan parti masing – masing.

“Saya tidak boleh memberitahu anda bagi pihak PRS atau parti lain.

“Bagi PBB, ada tanda-tanda kita mahu memberi laluan kepada muka baharu dan calonnya akan didedahkan apabila tiba masanya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, GPS sentiasa bersedia menghadapi PRU15 walaupun ketika ini tarikhnya masih ‘samar’.

“Kami melakukan persiapan secara senyap seperti pada Pilihan Raya Negeri ke-12.

“Kami buat kerja dan biarkan rakyat melihat hasilnya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan