Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Paraglider maut selepas rempuh pokok di Kuala Kubu Bharu

KUALA LUMPUR, 24 April : Seorang paraglider maut selepas payung  terjun yang dikendalikannya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok setinggi 12.19 meter di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa Mohammad Farhad Khalid, 44, dari Subang Jaya dekat sini, juga tersangkut di atas pokok yang dirempuhnya serta  mengalami pendarahan teruk dan patah kaki dalam kejadian berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mangsa Mohammad Farhad Khalid, 44, dari Subang Jaya dekat sini, juga tersangkut di atas pokok yang dirempuhnya serta  mengalami pendarahan teruk dan patah kaki dalam kejadian berkenaan.

Menurut Norazam, beberapa Orang Asli yang berada di lokasi kejadian telah terlebih dahulu memanjat pokok berkenaan dan mengikat mangsa menggunakan tali daripada payung terjun bagi mengelakkan lelaki itu daripada terjatuh. 

Katanya bomba mengambil masa selama dua jam untuk menurunkan mangsa berikutan ketinggian dan lokasi pokok berkenaan.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan