Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : 20 daerah sifar kes baharu di Sarawak

KUCHING, 24 April : Sebanyak 20 daerah di Sarawak mencatat sifar kes baharu COVID-19 hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tidak ada kluster baharu dikesan namun satu kes kematian direkodkan.

“Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak sehingga hari ini seramai 1,727 orang,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut JPBN negeri, kematian terbaharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun di Hospital Bau yang mempunyai sejarah penyakit Cerebral Palsy pada 22 April lepas.

Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada 24 April 2022 di Sarawak adalah sebanyak 112 kes (304,820 kes kumulatif).

Sementara itu, jangkitan kes baharu ialah sebanyak 112 kes berbanding 134 yang disahkan sehari sebelumnya.

“Ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 304,829 kes sejak negeri ini dilanda pandemik,” jelas JPBN.

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 110 kes dalam kategori satu dan dua manakala hanya dua kes sahaja dalam kategori lima.

Sementara itu, Kuching kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 31 kes dan diikuti Sibu dengan 20 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan