Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin (PPM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 824 liter minyak petrol selepas berlaku adegan kejar mengejar sehingga bot suspek terbalik di timur laut Pulau Boheyan.

Bot penyeludup terbalik dikejar Polis Marin

SEMPORNA, 24 April : Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup minyak petrol ke Filipina gagal selepas dikesan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang melakukan rondaan awal pagi tadi.

Lebih dramatik, usaha membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan itu menyaksikan pasukan keselamatan negara mengejar bot yang dinaiki suspek di timur pulau Pulau Boheyan pada pukul 1.50 pagi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Polis (DSP) Mohamad Ismail berkata, ketika cuba melepaskan diri, bot suspek terbalik.

Bot penyeludup terbalik selepas dikejar Pasukan Polis Marin di perairan Semporna.

” Sebelum itu anggota PPM cuba menghampiri bot itu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan namun jurugan bertindak agresif apabila memecut bot.

“Selepas dikejar dan bot terbalik, suspek dilihat berenang ke arah Pulau Boheyan dan menghilangkan diri,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baca > > > Gagal seludup minyak masak ke Filipina

Baca > > > Cubaan seludup keluar 70,000 liter minyak diesel ke Filipina dipatahkan

Beliau memberitahu, pemeriksaan menemukan 33 gelen minyak petrol dengan jumlah keseluruhan 824 liter yang dianggarkan bernilai RM1,716.

“Barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan