Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 23 April : Seramai 450 penduduk di Kampung Sampadi, Kampung Stoh, Kampung Rambungan, Kampung Sungai Cina dan kawasan sekeliling di Lundu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat vandalisme kabel bawah tanah.
KUCHING, 23 April : Seramai 450 penduduk di Kampung Sampadi, Kampung Stoh, Kampung Rambungan, Kampung Sungai Cina dan kawasan sekeliling di Lundu mengalami gangguan bekalan elektrik akibat vandalisme kabel bawah tanah.

Vandalisme kabel SEB punca gangguan elektrik di Lundu

ByNurul Amarlina

Foto : Sarawak Energy

KUCHING, 23 April : Kegiatan vandalisme kabel bawah tanah milik Sarawak Energy Berhad (SEB) dikenal pasti sebagai punca gangguan elektrik di beberapa kampung di Lundu, Rabu lepas yang menjejaskan lebih 450 penduduk.

Pengurus Wilayah Barat SEB, Choo Min Hong berkata, masalah itu membabitkan akuan pengguna di Kampung Sampadi, Kampung Stoh, Kampung Rambungan dan Kampung Sungai Cina.

Katanya, sejurus menerima aduan, SEB menghantar pasukan teknikal ke lokasi dan pemeriksaan awal mendapati kabel bawah tanah 33kV di Jalan Sampadi telah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kerja-kerja pemulihan dilakukan dan bekalan elektrik berjaya disambung semula pada pukul 10.20 malam.

“SEB turut membuat laporan polis,”katanya menerusi kenyataan media.

Sementara itu, Min Hong turut menyuarakan kebimbangannya berhubung beberapa kes kecurian peralatan milik SEB dan vandalisme.

” Baru-baru ini, seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel elektrik di salah sebuah transformer SEB berhampiran Jalan Serian-Sri Aman.

“Si pelaku masih tidak endah dengan ancaman bahaya elektrik dan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi keuntungan kecil yang boleh membawa kepada kejadian tragis seperti kes kematian yang berlaku baru-baru ini,”katanya.

Katanya, SEB juga meningkatkan kesedaran melalui pelbagai media dan bekerjasama rapat dengan masyarakat di kawasan luar bandar untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai vandalisme.

“Operasi bersama polis juga akan dijalankan di pusat kitar semula untuk menangani perdagangan kabel tembaga yang dicuri di kalangan peniaga barang terpakai,”katanya.

Orang ramai boleh melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada Pusat Khidmat Pelanggan 24 jam Sarawak Energy di 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan