Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ubah stigma bantu individu autisme

KUCHING, 23 April : Individu dengan Gangguan Spektrum Autisme atau Autism Spectrum Disorders (ASD) sering kali menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan dunia luar disebabkan oleh stigma masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata diskriminasi yang diterima menyebabkan golongan tersebut tidak dapat menggunakan perkhidmatan dan bantuan yang disediakan.

“Agak sukar untuk mengenal pasti individu autisme dalam komuniti kita”

“Sesetengah daripada mereka memilih untuk menyembunyikan diri disebabkan oleh stigma yang diterima”

“Mereka tidak tahu tentang bantuan dan perkhidmatan yang disediakan,” katanya semasa berucap di Majlis Pelancaran Galeri Seni Autisme di pejabat Persatuan Autisme Kuching (KAA) pada sabtu.

Katanya, kerajaan negeri Sarawak akan berusaha untuk menjadi tulang belakang kepada KAA bagi menyantuni pelajar autisme.

“Dengan segala perancangan yang telah ditetapkan, kerajaan Sarawak akan sentiasa menghulurkan bantuan.

“Kami berhasrat untuk mengasihi dan mengubah hidup individu autisme bersama-sama,” katanya.

Tambahnya, semua pihak perlu seiring dalam membantu persatuan berkenaan bagi membina masa depan yang lebih cerah buat golongan autisme.

Sementara itu, Pengarah Persatuan Autisme Kuching (KAA), Dr Catherine Chen Jean Ai berkata buat masa ini mereka kekurangan tenaga pengajar dalam bidang seni dan kraf.

Justeru, beliau menyeru golongan profesional khususnya yang terlibat secara langsung dalam pendidikan khas untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan.

“Apa yang boleh dilakukan oleh orang awam adalah hadir bersama kami sebagai sukarelawan.

“Kami sedang mencari individu yang boleh mengajar pelajar kami tentang seni dan kraf,” katanya semasa ditemui selepas majlis tersebut.

Lanjut daripada beliau, Galeri Seni Autisme berperanan sebagai sebuah platform dalam membuka peluang pekerjaan kepada golongan tersebut.

Setiap karya seni yang dipamerkan di galeri tersebut adalah untuk dijual dan hasil jualan akan diberikan sebagai komisen kepada pengkarya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan