Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seramai 1,709 individu jalani rawatan penyalahgunaan dadah

KUCHING, 23 April : Seramai 1,709 individu di Sarawak kini sedang menjalani rawatan dan pemulihan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak, Iskandar Turkee berkata jumlah berkenaan merupakan statistik yang diperoleh setakat April tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika Program Cahaya Ramadan di Kampung Sri Maimunah, di sini pada Sabtu.

Menerusi program tersebut ujarnya, beliau berharap lebih ramai masyarakat yang akan tampil kedepan membantu pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), atau agensi berkaitan membanteras gejala penyalahgunaan dadah.

Dalam masa sama, Iskandar turut memberitahu dua kawasan berisiko telah dikenalpasti di negeri ini, iaitu Kuching dan Samarahan.

“Kita akan memberi fokus kepada kawasan-kawasan yang berisiko ini daripada mikro kepada makro.

“Dari situ, kita akan adakan lebih banyak lagi program berkaitan untuk pastikawan kawasan terlibat berstatus hijau,” jelasnya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Hilmi Othman, dan Ketua Skuad NexGen P194 Petra Jaya, Abdur Rahman Abdul Rahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan