Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PDRM, PETRONAS laksana Program Advokasi Pra Op Selamat

KUCHING, 23 April : Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan PETRONAS menganjurkan Program Advokasi Pra Op Selamat di beberapa Stesen Petronas terpilih di Daerah Kuching, Padawan dan Kota Samarahan.

Menurut Ketua JPJKK Kontinjen Sarawak, SAC Wong Ing Fung, program itu merupakan salah satu kaedah pemakluman berkesan oleh JSPT dalam melindungi dan mempertahankan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat.

“Program ini juga akan melibatkan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) yang akan melaksanakan kempen seperti Meet and Greet dan Go To Safety Point di stesen-stesen minyak terpilih.

“Tujuan utama program ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa PDRM akan mengadakan OP SELAMAT 18 sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 (10 hari),” katanya ketika ditemui media di Flag Off Program Road Tour PDRM dan Petronas Pra Op Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, untuk perancangan jangka masa panjang, pihak PDRM khususnya JSPT akan memberi fokus kepada para penunggang motosikal terutamanya penunggang P-hailing untuk lebih mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Ini kerana, golongan terbabit antara yang berisiko tinggi akan terlibat dalam kemalangan jalan raya dan merekodkan jumlah kematian tertinggi setiap tahun.

Sementara itu, menyentuh berkenaan program Go To Safety Points (GTSP), jelasnya ia merupakan salah satu inisiatif yang berfungsi untuk mewujudkan satu tempat untuk orang awam mendapatkan bantuan semasa kecemasan.

“Asalkan orang awam tahu di mana Petronas ataupun lain-lain stesen minyak, semua kami lantik bersama dengan pihak syarikat itu untuk melatih pekerja mereka untuk dijadikan tempat untuk orang awam meminta pertolongan sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan. Kalau kita kena samun, dan lari ke stesen minyak, pekerja sudah tahu apa perlu dilakukan..Apa pekerja dia patut bantu semasa kecemasan,” ujarnya.

Program ini juga bagi memastikan pengusaha Stesen Minyak dapat memainkan peranan serta tanggungjawab mereka seperti menyediakan tempat untuk mangsa berehat, menenangkan mangsa, memberi rawatan awal jika perlu, dan sebagainya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan