Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nabila Huda lawan ketakutan, meluncur di Sungai Batang Lupar

KUCHING, 23 April : Pelakon Nabila Huda yang kini berada di Sarawak ‘mengejutkan’ pengikut media sosialnya apabila meluncur di sebatang sungai yang diketahui sebagai habibat utama buaya di negeri ini.

Tengah hari semalam, menerusi insta story di Instagram, pelakon filem Munafik itu memuat naik beberapa video dia sedang melakukan acara sukan air sehingga ke ‘tengah’ Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Sungai sepanjang 275 kilometer (km) itu merupakan antara habitat utama kepada lebih 180,000 ekor buaya yang dianggarkan terdapat di seluruh Sarawak.

Nabila Huda berkongsi pengalaman meluncur di Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Nabila, 38, berkata, ketika sampai di tebing sungai itu, papan tanda amaran supaya berhati hati kerana terdapat buaya di situ telah ‘menambah’ suhu ketakutannya.

“Bagaimanapun pertunjukkan harus diteruskan dan saya tidak menoleh ke belakang.

“Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, saya sangat gembira,” tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, bekas pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia itu sering berkongsi perkembangannya yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah program di Bumi Kenyalang ini.

Antara tempat yang dikunjunginya ialah Bau dan beberapa kawasan hutan di bahagian selatan Sarawak.

Nabila berkata, dia akan meneruskan pengembaraan ke Mukah, Bintulu dan Miri selepas ini. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found