Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 Jun sehingga semalam.

Tuan Ibrahim seru semua pihak cari solusi kelestarian bumi

KUALA LUMPUR, 22 April : Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan orang perseorangan supaya bertindak segera dalam mencari solusi ke arah kelestarian bumi.

Pada perutusan sempena sambutan Hari Bumi 2022, Tuan Ibrahim berkata menerusi Pelan Kelestarian Alam Sekitar 2020-2030, sebanyak 26 inisiatif digubal kementerian itu berteraskan empat tunjang utama iaitu pengukuhan urus tadbir, pertumbuhan hijau, kolaborasi strategik dan keterangkuman sosial.

Pelan itu, katanya turut merangkumi empat komponen alam semula jadi iaitu udara, air, daratan dan kehidupan.

“Kerajaan komited bagi memastikan kualiti udara dan air di Malaysia berada pada tahap terbaik untuk dinikmati semua. Selain itu, fokus kerajaan juga adalah untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), meneroka peluang pekerjaan dan menarik pelaburan baharu dalam sektor ekonomi hijau negara.

“Sempena Hari Bumi, kita mesti lebih bersemangat untuk memikul amanah kerana pelaburan yang diusaha hari ini adalah untuk mewariskan bumi yang lestari kepada generasi akan datang. Alam sekitar tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Sambutan Hari Bumi tahun ini bertemakan ‘Invest in Our Planet’.

Hari Bumi Sedunia diperkenalkan sejak 1970 sebagai usaha manusia sejagat menghargai bumi, menyemai rasa tanggungjawab dan meningkatkan kesedaran untuk melindungi bumi dan alam sekitar. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan