Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 21 April : Perbezaan budaya tidak menjadi penghalang seorang lelaki Bidayuh untuk jatuh cinta terhadap pembuatan peralatan muzik sape. Kredit: Fiqri Razak/TVS
KUCHING, 21 April : Perbezaan budaya tidak menjadi penghalang seorang lelaki Bidayuh untuk jatuh cinta terhadap pembuatan peralatan muzik sape. Kredit: Fiqri Razak/TVS

Tommy, si lelaki Bidayuh mahir hasilkan peralatan Sape

ByAkma Salleh

Foto: Fiqri Razak

KUCHING, 22 April : Perbezaan budaya tidak menjadi penghalang seorang lelaki Bidayuh untuk jatuh cinta terhadap pembuatan peralatan muzik sape.

Tommy Bullen, 56, berkata, minatnya dalam penghasilan sape timbul pada 2010 lagi dan sejak itu dia tidak menoleh kebelakang.

Akui Tommy, irama muzik sape yang mendayu-dayu telah mencuri perhatiannya sehingga mengambil keputusan untuk belajar membuat peralatan muzik sape.

“Selepas setahun, saya sudah mula menerima tempahan daripada pelanggan yang mahu membeli peralatan yang saya hasilkan,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Bercakap tentang ‘keistimewaan’ yang dimiliki dalam menghasilkan peralatan muzik bukan suku kaumnya, Tommy berkata, perkara itu kini sudah menjadi kebiasaan di Sarawak.

“Kita boleh lihat sekarang ini ramai pembuat sape terdiri daripada bangsa Iban dan lain – lain lagi.

“Bagi saya ini perkembangan yang sangat baik kerana pelbagai kaum di Sarawak berminat dengan muzik Sape,” katanya.

Di sebalik cara pembuatannya yang agak rumit, Tommy sebenarnya tidak menyangka ia mampu menjadi punca rezeki kepadanya.

“Dahulu saya hanya melihat orang membuat Sape dan saya belajar sendiri.

“Pembuatannya memerlukan kreativiti, minat dan fokus supaya mendapat hasil yang berkualiti,” katanya.

Sementara itu, ujar Tommy, bahan-bahan untuk menghasilkan peralatan itu termasuklah kayu pokok Pora atau kayu Bao dalam bahasa Orang Ulu.

“Kita juga boleh gunakan kayu Meranti, kayu Cempedak dan lain-lain lagi,” katanya.

Perbezaan etnik dan budaya tidak menjadi penghalang untuk Tommy Bullen yang berbangsa Bidayuh jatuh cinta terhadap pembuatan alat muzik sape. Foto: Fiqri Razak/TVS

Seiring perubahan zaman, Tommy berkata, peralatan lain untuk melengkapkan Sape turut mengalami perubahan.

“Jika dahulu dawai Sape menggunakan tali serat pohon Enau atau bilah rotan yang diraut halus.

“Sekarang kita guna dawai kecil seperti tali gitar dan tali tangsi,” katanya.

Bagi Tommy pula, dia lebih cenderung menggunakan tali pancing kerana tahan karat.

Bercerita pula mengenai ukiran, Tommy berkata, pemilihan reka bentuk dan ukiran lebih kepada motif flora.

“Selalunya harga untuk sesebuah Sape itu bergantung kepada proses penghasilannya.

“Semakin rumit penghasilannya, semakin mahal harganya.

“Paling murah sekitar RM300 dan boleh mencecah RM1300,” katanya.

Sementara itu, Tommy turut mencadangkan agar muzik Sape boleh diajar di sekolah.

“Ini supaya muzik tradisional ini akan terus releven kepada generasi akan datang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan