Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tidak wajar ‘PKS sama’ terima bantuan banyak kali – Awang Tengah

KUCHING, 22 April : Semua perniagaan kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak wajar diberi peluang menerima pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) hari ini mengumumkan pembentukan beberapa jawatankuasa untuk membantu PKS Sarawak dengan lebih berkesan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau juga tidak mahu isu ‘PKS sama’ mendapat bantuan sehingga ‘ empat lima kali’ terus berlarutan.

“Ini tidak seharusnya berlaku kerana ada PKS yang terpaksa tunggu lama untuk menerima bantuan.

“Oleh itu, koordinasi melibatkan jabatan – jabatan perlaksana untuk membantu PKS perlu ditingkatakan membabitkan program, bantuan, latihan pemasaran dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penyelarasan Pembangunan Usahawan dan PKS di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri MINTRED berkata, penubuhan beberapa jawatankuasa itu juga sebagai penyelaras bagi mengelak masalah yang sama terus berulang.

“Menerusi jawatankuasa-jawatankuasa ini, kita akan dapat mengenal pasti sasaran dan tidak wajar bertumpu di satu tempat sahaja,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan