Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PUSAKA sumbang RM286 ribu kepada 62 pertubuhan kebajikan

ByFebbright James

KUCHING, 22 April : Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan anak syarikatnya menyumbang RM286,000 kepada pertubuhan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) agama dan pendidikan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pada tahun ini sebanyak 62 pertubuhan menerima sumbangan bagi melaksanakan aktiviti masing – masing.

Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA berkata, sumbangan itu bermula sejak 1982 bagi menyokong organisasi dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.

“Usaha ini juga selaras dengan matlamat Kerajaan Sarawak yang mahu mewujudkan masyarakat prihatin di kalangan organisasi korporat dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan itu di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, Awang Tengah turut meluahkan rasa syukur kerana pelbagai kelonggaran telah diberikan dan kegiatan ekonomi di Sarawak juga telah dibuka semula.

“Namun begitu kita harus sentiasa berwaspada meskipun diberi kebenaran untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya percaya terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan