Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Op Tapis Khas : 341 ditahan berkaitan kesalahan dadah di Sarawak

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 22 April : Polis Sarawak menahan seramai 341 individu menerusi Op Tapis Khas yang dilaksanakan di seluruh negeri bermula pada 18 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 16 hingga 67 tahun.

Katanya, operasi berkenaan dilancarkan untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

“Polis menyasarkan kawasan jeti haram dan pot-pot aktif yang menjalankan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azman berkata, operasi berkenaan turut menyasarkan sindiket pengedaran dan penagih dadah yang telah mewujudkan kegusaran kepada masyarakat.

Katanya, setakat empat hari operasi itu berlangsung, nilai rampasan dadah dan sitaan harta mencecah lebih RM185,000.

“Sebanyak 297 kertas siasatan dibuka di bawah pelbagai seksyen berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan