Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
rohingya
rohingya

Lebih 24 jam lolos, tahan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan

BANDAR BAHARU, 22 April : Polis tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Sungai Bakap di sini awal pagi Rabu akan menyerah diri dalam masa terdekat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G.Suresh Kumar berkata ini kerana tahanan yang menghilang lebih dari 24 jam itu tidak mempunyai bekalan makanan dan pakaian.

“Mereka (tahanan) ini lari sehelai sepinggang…jadi berapa lama mereka boleh bertahan, ditambah dalam keadaan bulan puasa ini. Ada kemungkinan besar mereka (tahanan) akan menyerah diri,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Depoh Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam.

Suresh Kumar berkata hasil siasatan yang dijalankan ke atas lebih 200 tahanan Rohingya yang telah berjaya ditahan semula mendapati tiada sebarang unsur paksaan untuk mereka meloloskan diri dari depot berkenaan. 

“Pemeriksaan pada hari kejadian mendapati terdapat kira-kira 100 orang tahanan Rohingya kekal berada dalam depoh,” katanya.

Suresh Kumar berkata depoh berkenaan kini dijadikan pusat siasatan bagi menyiasat kes tersebut.

Baca > > > Tragedi Depoh Imigresen: Merusuh, lari dan enam maut dilanggar di lebuh raya

Baca > > > Polis kenal pasti dalang insiden ratusan Rohingya lari dari depot imigresen

Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Sungai Bakap dengan enam daripadanya maut dilanggar kenderaan semasa melintasi jalan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Jawi, Nibong Tebal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan