Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 22 April : Lebih 1,000 murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
KUCHING, 22 April : Lebih 1,000 murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Kredit gambar: Fiqri Razak

Lebih 1,000 murid di Sarawak tiada dokumen pengenalan diri – Fatimah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

Foto : Fiqri Razak

KUCHING, 22 April : Lebih 1,000 murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Sarawak dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Apa yang lebih membimbangkan menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah, angka itu terus meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, ujar Fatimah kementeriannya akan bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sarawak untuk mengenal pasti punca perkara ini.

“Langkah seterusnya kita akan melaporkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat wakil Jabatan Pendidikan Negeri dan Penyerahan Cek Persatuan Disleksia Sarawak di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, sekiranya isu ini berlarutan, ia boleh menyebabkan masalah keciciran dan kesukaran mendapatkan peluang pendidikan sekaligus menjejaskan masa depan.

“Sekiranya kanak- kanak yang terlibat ini (tidak mempunyai dokumen pengenalan diri) berasal daripada keluarga susah, ia akan semakin membebankan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan