Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hasrat PATI balik raya tidak kesampaian

TAWAU, 22 April : Hasrat tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia untuk pulang menyambut Aidilfitri di negara mereka gagal selepas ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Inderasabah, di sini semalam.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Rani Alias berkata, seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun yang bertindak sebagai ‘transporter’ membawa PATI terbabit ke lokasi dituju turut ditahan.

Menurutnya, sepasukan anggota PGA mengesan dan menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang dipandu lelaki tempatan itu ketika rondaan Op Taring di kawasan itu pada pukul 11.30 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu mendapati tiga penumpang wanita berumur 10 hingga 42 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rani berkata, hasil soal siasat, pemandu mengaku menerima upah sebanyak RM150 untuk membawa ketiga-tiga PATI terbabit dari Sungai Imam ke Kampung Wakuba.

Baca > > > PATI ‘merempit’ dalam ladang sawit balik raya ditahan tentera

Jelasnya, lelaki tempatan terbabit ditahan dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 manakala PATI pula disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan 55E(1) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan