Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Eksport perkayuan Sarawak dijangka cecah RM4 bilion menjelang 2030

ByFebbright James

KUCHING, 22 April: Sarawak dijangka akan menjana pendapatan mencecah RM4 bilion menerusi industri perkayuan yang sangat berpotensi.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, sehubungan itu kerajaan negeri akan terus memfokuskan kepada pembangunan industri perkayuan dengan menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah tinggi.

Katanya, usaha berkenaan dipertingkatkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) agar industri hiliran ini dapat terus dimajukan.

“PUSAKA akan terus memberi bimbingan dasar kepada pihak swasta yang terlibat dengan aktiviti perkayuan dan menumpukan kepada industri hiliran yang mengeluarkan produk mempunyai nilai tambah yang tinggi seperti perabot.

“Oleh sebab itu, kita bangunkan Furniture Park di Kuching dan Tanjung manis,”katanya di sini hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata, kerajaan negeri juga mahu bekerjasama dengan syarikat swasta untuk menubuhkan kawasan penanaman buluh.

” Ini merupakan satu bahan untuk menyokong pengeluar produk yang mempunyai nilai tambah seperti perabot,”katanya.

Pada masa sama, Awang Tengah berkata, PUSAKA menyedari penting untuk membimbing pihak swasta yang terlibat dalam industri berkenaan.

“Sehubungan itu, kita juga akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk melaksanakan sasaran ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan