Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen menahan 49 warga asing atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen perjalanan disyaki palsu dalam operasi di sebuah kondominium di Ampang, di sini tengah malam tadi. Seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari depot tahanan itu, kira-kira 4.30 pagi tadi, namun 362 tahanan daripada jumlah tersebut, berjaya ditahan semula manakala gerakan mencari baki pendatang tanpa izin itu masih diteruskan pagi ini.

96 tahanan Rohingya belum ditemukan – Polis

ALOR SETAR, 22 April : Polis sedang giat menjalankan operasi mengesan baki 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat 6 pagi ini, seramai 76 lelaki dewasa, sembilan wanita dewasa, tujuh kanak-kanak perempuan dan empat kanak-kanak lelaki belum ditemukan.

Baca > > > Lebih 24 jam lolos, tahan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan

“Setakat ini, seramai 432 tahanan etnik Rohingya telah ditemukan terdiri daripada 218 lelaki dewasa, 88 wanita dewasa, 65 kanak-kanak lelaki dan 61 kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Hassan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihak polis di balai-balai berdekatan supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.

Selain itu, Wan Hassan berkata setakat ini seramai 23 orang masih ditempatkan di depot tahanan tersebut. 

Baca > > > Tragedi Depoh Imigresen: Merusuh, lari dan enam maut dilanggar di lebuh raya

Baca > > > Polis kenal pasti dalang insiden ratusan Rohingya lari dari depot imigresen

Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya melarikan diri, bagaimanapun enam daripada mereka maut dirempuh kereta ketika cubaan melarikan diri di lebuh raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan