Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Yang di-Pertuan Agong, Permaisuri berangkat tiba di Sarawak

KUCHING, 21 April : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini bagi memulakan lawatan dua hari ke Sarawak.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua menggunakan pesawat khas kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi disambut kenamaan utama negeri diketuai Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, ketiga-tiga Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian – serta barisan Kabinet negeri turut hadir bagi upacara sambutan ketibaan itu.

Pada sebelah petang ini, Seri Paduka berdua dijangka berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan Satok di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Santapan Malam di Masjid Jamek Negeri di sini.

Pada majlis itu nanti, Seri Paduka berdua akan berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 30 penerima. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan