Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan ‘misteri’ rumah terbakar lima kali

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 21 April : Misteri ‘kebakaran berulang’ yang melibatkan sebuah rumah di Jalan Satok di sini, ‘terjawab’ apabila polis berjaya menahan tiga lelaki untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, dua lelaki tempatan berusia 20 dan 32 tahun ditahan pada 19 April lepas manakala seorang lagi lelaki berusia 19 tahun ditahan semalam.

Katanya, dua suspek pertama itu ditahan di Jalan Muda Hashim dan direman sehingga 25 April depan.

“Reman bagi suspek ketiga yang ditahan di Jalan Satok telah dipohon pada pagi tadi di Mahkamah Majistret Kuching,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Baca > > > Rumah di Jalan Satok terbakar dua kali hari ini

Baca > > > Rumah di Lorong Satok terbakar kali keempat

Sementara itu, Ahsmon turut mengesahkan rumah berkenaan telah dibakar sebanyak lima kali bermula 14 April lepas dan polis menerima dua laporan ketika itu.

Dua hari kemudian katanya, rumah sama dilaporkan terbakar sekali lagi, dipercayai dilakukan secara sengaja oleh individu tertentu.

Pada 18 April, satu lagi laporan kebakaran melibatkan rumah itu diterima pihak berkuasa.

Polis kemudian menubuhkan satu pasukan khas untuk melakukan siasatan terperinci kes berkenaan.

Tambah Ahsmon, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan juga denda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan