Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak bakal terima internet berkelajuan tinggi menerusi HTS

KUCHING , 21 April: Reach Ten Communication Sdn. Bhd. mengumumkan kerjasama dengan Measat dalam projek MEASAT-3d High Throughput Satellite (HTS) laluan Malaysia Timur yang bertujuan menyediakan internet berkelajuan tinggi sehingga capaian 100Mbps kepada penduduk Sarawak terutama di kawasan luar bandar. 

Menurut kedua-dua syarikat itu, pemasangan antena meter baharu di teleport di Samajaya membolehkan akses kepada 13gbps satelit yang merupakan kapasiti jalur lebar terbesar di Sarawak dan diperolehi menerusi satu satelit sahaja .

Ujar syarikat berkenaan, projek itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Sarawak yang sekian lama menghadapi masalah capaian internet.

Sementara itu, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek HTS diyakini akan membantu kerajaan negeri merealisasikan hasrat menyediakan capaian internet yang lebih baik kepada rakyatnya.

“Projek ini secara tidak langsung membantu kita untuk mencapai sasaran 93.6 peratus kawasan berpenduduk  akan mempunyai liputan telekomunikasi dan internet menjelang 2025.

“Ia juga akan membantu mencapai sasaran hampir 100 peratus isi rumah di seluruh kawasan bandar dan luar bandar mempunyai sambungan internet,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan projek berkenaan selari dengan matlamat ditetapkan dalam pelan Strategi Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) Kerajaan Sarawak yang mahu meningkatkan ekonomi menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan