Pesta Saratok 2022 bertemakan 'Tuk Lah Saratok' akan berlangsung selama seminggu bermula 25 hingga 31 Julai depan.
Pesta Saratok 2022 bertemakan 'Tuk Lah Saratok' akan berlangsung selama seminggu bermula 25 hingga 31 Julai depan.

RM15,000 menanti Raja Air

SARATOK, 21 April: Hadiah bernilai RM15,000 menanti pemenang yang bakal bergelar Raja Air sempena penganjuran Pesta Saratok tahun ini.

Ahli Parlimen Saratok Datuk Ali Biju berkata, Pesta Saratok 2022 bertemakan ‘Tuk Lah Saratok’ akan berlangsung selama seminggu bermula 25 hingga 31 Julai depan.

Menurutnya, hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 ditawarkan kepada penggemar dan penggiat sukan air bagi gelaran Raja Air pesta berkenaan.

“Jumlah ini merupakan yang terbesar pernah ditawarkan dalam Regata Saratok,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Penganjuran pesta itu merupakan salah satu inisiatif penting untuk memperkenalkan Parlimen Saratok kepada masyarakat luar selain meningkatkan ekonomi penduduk khususnya golongan peniaga.

Difahamkan, selain regata lumba perahu, pesta dijangka diserikan dengan pelbagai acara menarik termasuk malam kebudayaan.

Borang penyertaan regata lumba perahu akan dikeluarkan pada 4 Julai dan tarikh tutup penyertaan pada 21 Julai 2022.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi urus setia program, Wan Ismail di talian 016-4407265 untuk pertanyaan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan