Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara agensi yang diberi tanggungjawab menjaga keselamatan negara di sempadan Sarawak - Kalimantan. Foto ATM.

PATI ‘merempit’ dalam ladang sawit balik raya ditahan tentera

KUCHING, 21 April : Hasrat 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia untuk pulang beraya dengan bermotosikal tidak kesampaian apabila ditahan dalam dua operasi yang dilancarkan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia hari ini.

Menerusi kenyataan media, Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen memaklumkan, rondaan yang dilakukan oleh anggota seksyen pada pukul 6 pagi tadi mengesan lima buah motosikal yang mencurigakan sedang melalui lorong tikus ladang kelapa sawit di Kampung Danau Malikin.

Jelas Sel Perhubungan Raya, empat ditahan namun sebuah motosikal berjaya meloloskan diri.

Baca > > > PATI gagal ‘balik kampung’ bersama wang puluhan ribu dan barang kemas

Motosikal yang digunakan oleh PATI untuk balik beraya ke kampung mereka di Indonesia turut dirampas pasukan keselamatan negara.

“Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada pukul 2.30 petang tadi, anggota petugas Pos Pemerhati telah menahan empat individu yang sedang berjalan ke Indonesia di ladang kelapa sawit, Sektor Pos Biawak sekitar 250 meter dari sempadan,”jelas kenyataan itu.

Kesemua yang ditahan dalam dua operasi itu terdiri daripada 10 PATI iaitu lapan lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 23 hingga 41 tahun.

Kumpulan itu dipercayai cuba pulang ke negara asal melalui jalan haram selain tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pasport yang tamat tempoh.

Jelas Markas 1 Divisyen, turut dirampas wang tunai berjumlah RM1500, 12 unit telefon bimbit serta barangan peribadi yang diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan