Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pak cik cabul anak saudara diberkas

MIRI, 21 April : Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas disyaki mencabul anak saudaranya dalam kejadian di Kuala Baram di sini.

Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri pada 5.50 petang semalam.

Penahanan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurut sumber, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa mengenai gangguan seksual yang dilakukan oleh lelaki itu terhadap anak saudaranya yang berusia 12 tahun itu.

“Mereka tinggal serumah dan mangsa mendakwa semasa dia berada di biliknya, bapa saudaranya masuk ke dan cuba memegang bahagian dada dan kemaluannya,” katanya kepada TVS.

Kanak – kanak itu mendakwa, bapa saudaranya juga pernah menunjukkan bahagian sulit kepadanya dua kali sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Chabu Naga mengesahkan kejadian.

Difahamkan, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan