Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
COVID-19 Sarawak
COVID-19 Sarawak

COVID-19 : Kematian keseluruhan 1,724 di Sarawak

KUCHING, 21 April : Sarawak hari ini merekodkan satu kes kematian akibat jangkitan COVID-19 yang melibatkan warga emas berusia 82 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Jelas JPBN, jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Sarawak kini mencecah 1,724 kes.

“Sementara itu, jumlah kes baharu yang direkodkan pada hari ini sebanyak 151.

“Sebanyak 148 kes berada pada kategori satu dan dua manakala selebihnya dalam kategori tiga, empat dan lima,”jelas JPBN.

Sementara itu, bagi pecahan jangkitan baharu mengikut daerah, Kuching masih merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 47 kes dan diikuti dengan Miri sebanyak 23 kes.

JPBN turut memaklumkan sebanyak 14 daerah tidak melaporkan kes jangkitan bagi tempoh 24 jam lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan