Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rampasan hidupan liar oleh SFC
Rampasan hidupan liar oleh SFC

Beg tangan kulit rusa, kuku beruang antara barangan dirampas SFC

Kredit gambar: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC)

MIRI, 21 April : Empat premis kraf tangan di bandar raya ini diserbu pihak berkuasa selepas disyaki menjual barangan dan beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi.

Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), serbuan dilakukan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima menerusi Op Patuh semalam.

“Antara barangan yang disita adalah 148 unit kuku beruang, 17 unit tanduk rusa, 14 unit kuku helang, lebih 511 bahagian burung merak dan satu unit beg tangan yang diperbuat daripada kulit rusa,” jelas SFC menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut SFC, barangan yang dirampas itu diperbuat daripada bahagian haiwan yang dilindungi sepenuhnya di Sarawak.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM 81,577 dan kes disiasat mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan