Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Warga emas meninggal Alphad kemalangan
Warga emas meninggal Alphad kemalangan

Alphard terbabas di Jalan Stutong Baru, warga emas maut

KUCHING, 21 April : Seorang lelaki maut manakala kanak – kanak perempuan yang dipercayai cucunya terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Alphard putih yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Stutong Baru, di sini, pagi tadi. 

Mangsa yang berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala cucunya yang berusia lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Cucu, Venice Choo tersepit tetapi tiada menngalami sebarang kecederaan di Jalan Stutong, Kuching pagi tadi. Kredit foto : (BBP) Tabuan Jaya
Pegawai KKM yang tiba di lokasi mengesahkan kematian mangsa akibat kemalangan pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak, tujuh anggota diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan II Iskandar Apet dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.29 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati sebuah kereta jenis Alphard V6 terbabas menyeberangi jalan yang mana terdapat dua mangsa dengan seorang daripadanya tersepit.

“ Pihak bomba berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa,” kata PGO menerusi kenyataan, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan