Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Agong, Permaisuri berkenan hadiri majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Kuching

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 21 April : Yang di – Pertuan Agong , Al -Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong , Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Berbuka Puasa di Masjid Jamek Kuching hari ini.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berkenan berangkat ke Majlis Santapan Berbuka Puasa dan solat di Masjid Jamek Kuching.

Turut berangkat anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh isteri Yang di- Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada 30 orang asnaf di bawah Tabung Baitumal Sarawak.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi sumbangan kepada golongan asnaf.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi sumbangan kepada golongan asnaf.

Sejurus itu, Seri Paduka turut menunaikan solat fardhu Maghrib bersama- sama masyarakat Islam sekitar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan