KUCHING, 20 April : Enam pelarian Rohingya maut kemalangan selepas melarikan diri daripada Depoh Tahanan Imigresen Sementara Sungai Bakap pada pukul 4.30 pagi tadi.
Seramai 528 orang melarikan diri dan enam maut dilanggar ketika melintas Lebuhraya Utara Selatan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaime Daud berkata, sehingga pukul 10 pagi tadi, seramai 362 orang berjaya ditahan.
Berita lanjut menyusul. – TVS