Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis tahan penyanyi lelaki terlibat kes keganasan rumah tangga

KUALA LUMPUR, 20 April : Seorang penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun. 

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Insiden tersebut tular di media sosial.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan