Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri Kredit: PDRM Sarawak
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri Kredit: PDRM Sarawak

Polis Marin Sarawak rekod lebih RM9 juta nilai rampasan setakat Mac 2022

ByOdleen Catherny

Foto: PDRM Sarawak

KUCHING, 20 April : Polis Marin Wilayah Sarawak merekodkan nilai rampasan RM9,243,784.81 untuk kes tangkapan dan saman tahun 2022 setakat 1 Januari hingga 31 Mac.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri memaklumkan, nilai rampasan untuk tempoh itu menurun 80 peratus berbanding RM47,230,718.13 yang direkodkan tahun lepas bagi tempoh sama.

“Jumlah hari operasi meningkat berbanding tahun 2021 dalam tempoh yang sama yang mana hanya 965 hari direkodkan.

“Dalam tempoh sama, siri operasi dipertingkatkan sehingga 6 peratus menjadikan sebanyak 239 telah dilaksanakan berbanding 218 pada 2021,” katanya kepada media ketika ditemui dalam operasi rondaan di kawasan perairan Kuching bersama pegawai-pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Komander Marin Sarawak, pada Rabu.

Operasi rondaan di kawasan perairan Kuching bersama pegawai-pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Komander Marin Sarawak, pada Rabu. Foto: PDRM Sarawak

Operasi rondaan bermula dari jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak sehingga ke Muara Tebas mencecah sehingga 12 batu nautika.

Bagaimanapun katanya, kes-kes tangkapan dan saman dalam tempoh tersebut meningkat 48 peratus iaitu 568 pada tahun ini berbanding 383 pada 2021.

“Setakat 31 Mac 2022, hanya 15,833 orang diperiksa berbanding 27,239 pada tahun lepas dalam tempoh yang sama.

“Sebanyak 12,194 warga tempatan diperiksa manakala untuk warga asing pula adalah 3,639 untuk tahun ini,” katanya lagi.

Sementara itu, dalam rondaan yang dilaksanakan pada Rabu itu, sekurang-kurangnya dua bot peronda polis berbeza kelas ditemui menjalankan Op Gelora.

Untuk rekod, Polis Marin Wilayah Sarawak mempunyai 14 jenis operasi yang diwujudkan melibatkan kawasan sungai, muara dan laut untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan