Pengedar dadah rempuh kereta polis di Jalan Satok

Kredit gambar: Tangkap layar dari video di media sosial

KUCHING, 20 April : Mirip filem aksi ganas.

Itulah yang berlaku di Jalan Satok di sini apabila empat lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira merempuh kereta polis ketika cuba melarikan diri.

Bagaimanapun, tindakan ‘ala samseng’ itu tidak berhasil apabila mereka berjaya diberkas polis kira – kira pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Asisten Komisioner (ACP) Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki Cina dan seorang lelaki Melayu berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun.

“Terdahulu sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan dan IPK Sarawak telah mengarahkan kereta Proton Wira itu untuk berhenti namun mereka melanggar tiga buah kereta orang awam dan kereta polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, pemeriksaan lanjut berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 103 gram dan 64 biji pil Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM13,200.

Ujian saringan air kencing pula mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga lelaki Cina itu dikesan mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan