KUCHING, 20 April : Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis Sarawak, Norzanah Buang komited untuk menaik taraf serta kebajikan pegawai dan anggota polis di negeri ini.
Norzanah berkata, usaha ini penting bagi memastikan mutu kepolisan di negeri ini dapat diperhebatkan untuk kemakmuran Sarawak.
“Menerusi pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, perkara utama yang dibincangkan ialah usaha untuk memantapkan lagi perkhidmatan pegawai dan anggota polis di negeri ini,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Norzanah berkata, beliau turut menyampaikan penghargaan terima kasih terhadap Abang Johari di atas pelantikannya sebagai Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis. -TVS