Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat dipercayai kru bot ditemukan terapung berhampiran jeti feri Batang Lupar

SRI AMAN, 20 April : Mayat dipercayai seorang kru bot nelayan yang dilaporkan terjatuh ke dalam laut di perairan Pulau Burong kelmarin ditemukan pada pukul 2.03 petang tadi.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, Penguasa Bomba Kanan II Suhardi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat itu yang terapung di kawasan feri Batang Lupar, Kampung Beliong.

Baca > > > Kru bot nelayan disyaki jatuh laut di perairan Pulau Burong 

Katanya, bomba bersama Anggota Pertahanan Awam (APM) dan Sarawak Coast Guard telah bergegas ke lokasi.

“Pasukan mencari dan menyelamat tiba di Jeti Awam Sebuyau pada pukul 3.20 petang dan mengangkat mayat itu sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Difahamkan, sebelum ini satu laporan dibuat mengenai kehilangan seorang kru bot itu dikenali Francis Awi, 39 yang dilaporkan terjatuh di kawasan itu.

Sehubungan itu, operasi ditamatkan pada pukul 3.45 petang tadi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan