Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ajar suri rumah guna alat pemadam api

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 April : Kemahiran menggunakan alat pemadam api perlu diajar kepada suri rumah agar mereka mampu bertindak sekiranya berlaku kebakaran pada peringkat awal.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak, dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pengetahuan itu juga sangat penting untuk dipelajari memandangkan suri rumah sering berdepan risiko ketika memasak.

Pada masa sama, Fatimah berkata, tumpuan juga harus diberikan kepada pemeriksaan perkakasan dapur gas dan sentiasa memastikan ia ditutup selepas tidak digunakan.

“Semua langkah – langkah ini penting bagi memastikan kebakaran yang berpunca daripada dapur dapat dikurangkan terutamanya pada musim kita hendak menyambut perayaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 di Mydin Petrajaya, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman.

Kempen berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dan Petronas.

Sementara itu, Fatimah turut berpesan agar pemilik rumah tidak menggunakan penyambungan suis elektrik melebihi kapasiti dibenarkan sehingga menyebabkan risiko berlaku litar pintas.

“Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana kebakaran boleh berlaku tanpa kita sedari,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan