Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak sumbang RM1.5 juta kepada penerima yang layak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 April: Kerajaan Sarawak menyalurkan sumbangan berjumlah RM1,531,500 kepada penerima yang layak di seluruh Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohd Razi Sitam, seramai 15,315 orang dijangka menerima sumbangan tersebut sempena Aidilfitri tahun ini.

Jelasnya, 2,338 orang daripadanya adalah penduduk Kota Samarahan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM233,800.

“Pada tahun ini kerajaan menyalurkan sumbangan sebanyak RM1 531,500 kepada 15,315 orang penerima daripada seluruh negeri Sarawak bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri”

“Daripada jumlah penerima tersebut, 2,338 orang adalah daripada Samarahan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM233,800,” katanya semasa menghadiri Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2022 di Dewan Suarah, Kota Samarahan,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih Hrai Raya Aidilfitri 2022 di sini, hari ini.

Tambah beliau, sumbangan yang sama juga akan diberikan kepada penerima sempena perayaan Hari Gawai akan datang.

Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri 2022 merupakan majlis anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama TVS dan Mahsuri Food yang menyumbang barangan keperluan berbentuk makanan kepada 150 penerima.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Noriah Ahmad, Pegawai Daerah Samarahan, Tuan Annuar Daan dan Ketua Komersial Mahsuri Food, Mohd Jazri Ikmal Hijaz. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan