Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
fatimah abdullah 1
fatimah abdullah 1

Sarawak antara negeri terbaik selamatkan gelandangan  

ByHafeezzur Muzamir

Foto: Media JPGS

KUCHING,19 April: Negeri Sarawak merupakan negeri ketiga terbaik di Malaysia yang membabitkan hal menyelamatkan gelandangan semasa pandemik mula melanda negara pada tahun 2020, kata Menteri Pembangunan Wanita,Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

“Seramai 145 orang gelandangan yang telah kita selamatkan dan bilangan tersebut merupakan suatu angka yang besar  dan boleh dibanggakan jika kita nak bandingkan dengan kalangan negeri lain.

“Kita juga telah berjaya melaksanakan program vaksinasi untuk 124 orang  diselamatkan meskipun kita  berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran,” katanya.

Selain itu, kataya kerajaan negeri komited untuk terus membantu golongan terbabit dengan melakukan perancangan untuk menyediakan penempatan dan bantuan lain kepada golongan terbabit.

Selepas Sibu, Tempat Transit Gelandangan (TTG) akan dibangunkan di tiga lagi bandar utama iaitu Kuching, Bintulu dan Miri pada tahun ini.

“ Sekarang, kita akan tubuhkan beberapa lagi TTG di beberapa daerah, dan kita juga akan bantu dari segi menyediakan perkhidmatan kaunseling dan latihan bagi mengubah nasib mereka apabila mereka keluar kelak,”katanya.

Sebut harga bagi projek pembinaan TTG di Bintulu dan Miri akan dibuka pada Ogos nanti, manakala TTG di Kuching akan mula dibina pada September depan.

Ujarnya, inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti secara inklusif selain menangani kesan kepada kesihatan awam,keselamatan awam,kebersihan bandar dan pelancongan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan