Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lapor kepada JAIS golongan bawa fahaman bertentangan pegangan Islam di Sarawak

SIBU,19 April : Masyarakat Islam Sarawak diminta melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) sekiranya mereka mendapati ada golongan dari luar membawa masuk fahaman bertentangan dengan pegangan mereka bagi mengelak berlakunya perpecahan ummah.

Pengarah JAIS Khalidi Ibrahim berkata jika tidak dibendung ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam dari segi akidah di negeri ini dan boleh menjejaskan usaha membentuk perpaduan ummah di Sarawak.

Menurutnya,  perpaduan ummah mesti bermula daripada perpaduan dalam agama Islam itu sendiri iaitu dari sudut kesatuan akidah dan kesatuan ibadah.

“Kita mesti menolak (fahaman yang bertentangan) dan menjaga betul-betul aqidah Ahli Sunnah Wal Jemaah yang telah kita telah warisi daripada orang-orang terdahulu, jaga betul-betul, tolak fahaman-fahaman dari luar jangan (dibiar) dibawa masuk ke Sarawak,” katanya semasa berucap merasmikan Bicara Nuzul Al-Quran di Dewan Kompleks Islam di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Islam Sarawak (MIS) berkata tiada cara lain untuk memelihara akidah masyarakat Islam di Sarawak melainkan melalui kesatuan ibadah iaitu melibatkan cara beribadah yang ditetap serta diakui MIS.

Katanya, pihak pengurusan masjid dan surau di negeri ini perlu mematuhi apa sahaja garis panduan yang telah diputuskan MIS.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan