Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Gagal seleweng diesel bernilai RM279 ribu di Batang Rajang

SIBU, 20 April : Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng minyak diesel sebanyak 130,000 liter dengan anggaran nilai RM279 500.

Komandernya, Asisten Komisioner (ACP) Zulfikar Mohd. Ghazali berkata, tangkapan dan rampasan itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan setelah menahan sebuah kapal kargo di perairan Durin , Sungai Batang Rajang dekat sini pada jam 7.30 pagi kelmarin.

“Hasil pemeriksaan, seorang lelaki tempatan yang merupakan juragan kapal mengaku membawa dan menyimpan stok muatan minyak diesel di dalam bahagian dek kapal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberitahu, juragan berusia 59 tahun itu juga gagal mengemukan dokumen kebenaran memiliki atau membawa diesel terbabit daripada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, turut ditahan seorang kru kapal lelaki berusia 48 tahun.

“Kesemua rampasan termasuk kapal kargo, minyak diesel dan peralatan-peralatan yang digunakan dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan