Enam kampung di Daro diiktiraf sebagai Kampung Tradisional
Enam kampung di Daro diiktiraf sebagai Kampung Tradisional

Enam kampung di Daro diiktiraf Kampung Tradisional

MUKAH, 20 April : Enam kampung di Daro diiktiraf sebagai Kampung Tradisional melalui penyerahan surat Hak Milik Tanah, Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri (KTN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, susulan penyerahan itu, kini hanya tinggal empat buah kampung sahaja yang masih belum menerima surat milikan itu.

Katanya, setakat ini 10 buah kampung telah membuat permohonan dan bagi yang masih belum diluluskan, penduduk tidak perlu gusar.

“Ini kerana Kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf kampung serta penempatan yang telah lama diduduki,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan surat hak milik berkenaan kepada penduduk Kampung Masjid dan Kampung Panchor di sini semalam.

Safiee berkata, projek pengiktirafan berkenaan dilakukan secara berterusan dan berperingkat.

Safiee Ahmad bergambar bersama semua penerima surat Hakmilkk Tanah Seksen 18 (KTN) di Dewan Mayarakat Daro pada Selasa.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, empat buah kampung masih belum menerima surat milikan tanah.

“Pemohonan Kampung Itol, Kampung Nangar Besar, Kampung Pasar Daro dan Kampung Daro kini sedang melalui beberapa peringkat pemprosesan termasuk dialog, proses penyukatan dan sebagainya yang dijangka selesai pada 2023,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan