Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : 18 daerah sifar kes baharu, Kluster DTI Semuja 3, Serian tamat

ByJas

KUCHING, 19 April : Kluster DTI Semuja 3 di Serian yang diisytiharkan pada 10 Mac lepas disahkan tamat pada hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, selain itu tiada sebarang kluster baharu dan kes kematian direkodkan hari ini.

Ini menjadikan korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak sehingga hari ini kekal seramai 1,723 orang.

Kluster DTI Semuja 3 di Serian yang diisytiharkan pada 10 Mac lepas disahkan tamat, 18 daerah catat kes sifar pada hari ini
Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan pada 19 April 2022 di Sarawak adalah sebanyak 160 kes (304,142 kes kumulatif).

Sementara itu jangkitan kes baharu meningkat kepada 160 kes berbanding 92 kes yang disahkan sehari sebelumnya.

“Ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 304,142 kes sejak negeri ini dilanda pandemik,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 157 kes dalam kategori satu dan dua manakala hanya tiga kes sahaja dalam kategori tiga, empat dan lima.

Sementara itu, 17 daerah tidak mencatatkan sebarang kes manakala Kuching kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 49 kes dan diikuti Bintulu dengan 35 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan