Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 19 April : Seramai 347 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak yang masih berkhidmat telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato' Sri Hazani Ghazali. Kredit: Aziz Soleh/TVS
KUCHING, 19 April : Seramai 347 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak yang masih berkhidmat telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato' Sri Hazani Ghazali. Kredit: Aziz Soleh/TVS

347 pegawai, anggota PDRM terima pingat PJPN

ByOdleen Catherny

Kredit: Aziz Soleh/TVS

KUCHING, 19 April : Seramai 347 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak yang masih berkhidmat telah dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato’ Sri Hazani Ghazali.

Beliau berkata, jumlah penerima pingat pada kali ini menjadikan keseluruhan 647 pegawai dan anggota telah menerima anugerah tersebut setakat ini.

Ini bermakna berbaki 302 orang pegawai dan anggota PDRM yang masih berkhidmat sehingga hujung tahun 2022 ini, belum menerima anugerah berkenaan dan akan menerima anugerah berkenaan pada siri-siri akan datang.

Tambahnya, bagi Kontinjen Sarawak, Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) telah diadakan sebanyak enam siri bermula dari tahun 2014 hingga 2019.

Hari ini, 19 April 2022, Istiadat PJPN telah diadakan buat kali pertama untuk tahun ini setelah ditangguhkan sementara ekoran pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Istiadat Majlis dilaksanakan di Dewan Kenyalang, Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuching, Sarawak.

Jelasnya, siri kedua istiadat dijangka akan diadakan pada Mei depan.

Untuk makluman, Pingat Jasa Pahlawan Negara dianugerahkan kepada petugas-petugas polis bagi menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian kepada negara semasa era darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960 dan era insurgensi komunis pada 17 Jun 1968 hingga 2 Disember 1989 di Malaysia, juga di Sabah dan Sarawak pada 1962 hingga 17 Oktober 1990 yang dikenali sebagai perkhidmatan semasa darurat. – TVS

Tags: sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan