Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak meneruskan inisiatif menyediakan pinjaman mudah pada kadar faedah serendah empat peratus bagi menyokong pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).Foto Bernama.

Teraju dan USM promosi produk makanan Sarawak di Arab Saudi

Foto : Fikri Razak

KUALA LUMPUR, 18 April : Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan rakan strategik, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini secara bersama melancarkan promosi acara Sarawak Week atau Minggu Sarawak di Kedai Asia di Jeddah, Arab Saudi dalam usaha memasarkan produk makanan negeri itu.

Dalam kenyataan bersama, pihak terbabit berkata promosi selama seminggu itu bertujuan memperkenal serta menarik minat kalangan warga Arab Saudi untuk mencuba produk Sarawak yang unik seperti madu kelulut, lada, gula apong serta sajian popular, ikan terubuk masin.

“Produk ini dijangka mendapat sambutan dalam kalangan pelancong dan ekspatriat yang menetap di negara itu yang mahu merasakan juadah dari negara asal,” kata dua pihak terbabit bersempena dengan majlis pelancaran itu.

Pakatan strategik itu dibentuk menerusi menerusi hubungan komuniti dan industri bagi pelaksanaan program Pemasaran Lestari untuk Masyarakat (SMART Community) di bawah inisiatif utama pembinaan komuniti Teraju, Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB). 

Program DPUB Sarawak yang diwujudkan pada 2020, bertujuan memperkasa dan pembinaan kapasiti dalam kalangan masyarakat B40 dan menjadi sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-11 serta Rolling Plan Ketiga (RP3) ke arah pembangunan inklusif dan kesejahteraan negara.

“Menerusi suntikan modal kerja sebanyak RM7 juta, Teraju melantik USM bagi memperkasa program SMART Community untuk meningkatkan kehidupan masyarakat B40 selain perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sarawak.  

“Statistik menunjukkan lebih 300 PMKS Malaysia mengeksport produk mereka ke Arab Saudi menerusi Kedai Asia dan terdapat permintaan kukuh berikutan cita rasa yang unik dan eksotik, kualiti yang tulen serta peningkatan populariti sajian Asia,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad ketika melancarkan acara Sarawak Week.

Sementara itu, Ketua Program SMART Community Syed Yusof Syed Kechik berkata Kedai Asia merupakan entiti perniagaan pertama Malaysia yang berjaya membuka ruang runcit di Menara Jam Abraj Al-Bait di Makkah. 

Kedai Asia juga adalah premis runcit pertama milik anak Malaysia dengan kedai fizikal serta dalam talian di Arab Saudi serta di negara-negara Teluk, katanya.

“Dari segi permintaan, margin jualan produk-produk Sarawak di Kedai Asia telah meningkat 68.1 peratus, menyumbang kepada aliran pendapatan semasa menyeluruh pemiliknya, Husam Waksa Sdn Bhd,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan