Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Spartan Race Sarawak 2022 tingkat pertumbuhan ekonomi

ByAmirah Shawel

KUCHING, 18 April: Spartan Race Sarawak 2022 dijangka akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri sebagai program antarabangsa pertama selepas ditangguh susulan pandemik COVID-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata program ini berkemampuan untuk meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.

Jelasnya,kedatangan peserta luar akan membuka peluang industri pelancongan di Sarawak untuk berkembang maju.

“Mereka yang hadir untuk mengikuti larian perlu membayar penginapan, pengangkutan dan makanan”

“Mereka juga tidak akan melepaskan peluang untuk bersiar-siar maka ianya sangat bagus untuk industri pelancongan kita,” ujarnya dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Spartan Race Sarawak 2022 disini, hari ini.

Spartan Race Sarawak 2022 dijangka berlangsung pada 11 dan 12 Jun ini di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak.

Seramai 2,500 peserta disasarkan dengan 1,000 daripadanya adalah pelancong luar.

Setakat ini, seramai 1058 peserta telah mendaftarkan diri sebagai peserta acara berkenaan.

Spartan Race Sarawak 2022 dijangka berlangsung pada 11 dan 12 Jun ini di Institut Pertanian Sarawak dan Institut Kepimpinan Perkhidmatan Awam Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Spartan Malaysia telah memilih Sarawak sebagai lokasi perhentian bagi Spartan Trail World Championship Series (SWTC), Borneo Trail Classic.

Borneo Trail Classic merupakan satu-satunya perhentian terpilih di benua Asia di antara 9 perhentian SWTC yang lain.

Dua kategori yang diperkenalkan adalah ‘50KM Trail’ dan ‘100KM Trail’ dengan jumlah hadiah sebanyak USD$18,000 atau RM76,500.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 16 Oktober 2022 di Persatuan Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan