Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak United kempunan lagi

KUCHING, 18 April : Sarawak United FC (SUFC) terus kempunan untuk meraih kemenangan dalam perlawanan kelima Liga Super 2022 selepas tunduk 0 – 2 kepada Terengganu FC.

Turun dengan misi meraih tiga mata penuh di Stadium Negeri Petra Jaya, Ngap Sayot sebaliknya dikejutkan dengan libasan Sang Penyu yang beraksi dengan 10 pemain akibat layangan kad merah diterima penyerang pelawat, Kpah Sherman.

Pelawat memimpin perlawanan seawal minit kelapan menerusi jaringan Sherman.

Sarawak United FC dilihat berpeluang mengimbangi permainan apabila penjaring gol pertama Terengganu FC itu dilayangkan kad merah pada minit ke-33 namun keputusan itu kekal sehingga wisel penamat babak pertama.

Asakan bertali arus tuan rumah pada babak kedua turut buntu apabila gagal menyempurnakan deretan peluang terhidang.

Ketika perlawanan dilihat akan berakhir dengan keputusan 1 – 0, Terengganu FC sekali lagi menambah duka tuan rumah menerusi jaringan minit akhir Zuasyarf Zulkiefle menerusi larian solonya.

Ini memastikan kemenangan pertama pasukan Pantai Timur itu selepas mengharungi tiga perlawanan.

Satu lagi perlawanan Liga Super menyaksikan Kedah Darul Aman FC menumpaskan Penang FC 2 -1 di Stadium Bandaraya, Geogetown.

Sementara itu, satu lagi wakil Sarawak, Kuching City FC yang beraksi di Liga Premier turut mengalami kekalahan 1 -3 kepada Johor Darul Ta’zim II di Pasir Gudang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan