Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JAKPAW: Inisiatif tentera darat galakkan rakyat sertai ASP

KUCHING, 18 Mac: Tentera Darat Malaysia mengambil insiatif menubuhkan Ahli Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di setiap negeri bagi menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP).

Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain, ia berperanan penting untuk membantu angkatan tetap, mempertahankan negara pada waktu darurat, atau perang serta operasi keselamatan dalam negeri.

“JAKPAW dan sukarela adalah pelapis kepada angkatan tetap. Kita punya perintah ulung memang kita hendak meningkatkan anggota pasukan sukarela ini di tahap satu, kepada Askar Wataniah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah Negeri Sarawak, pada Isnin.

Tambah beliau, kekuatan semasa pasukan simpanan di Sarawak adalah seramai 3,813 anggota yang melibatkan enam pasukan sukarela.

JAKPAW juga merupakan jawatankuasa di peringkat negeri yang bertujuan merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem guna sama dan mempromosikan Askar Wataniah kepada masyarakat.

Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar atau Ketua Menteri, manakala Setiausaha Kerajaan Negeri pula memegang jawatan sebagai Pengerusi.

Sementara itu, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah Negeri Sarawak telah disempurnakan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pegawai-pegawai yang dipakaikan pangkat juga telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui syor Majlis Angkatan Tentera.

Majlis dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk Kenaikan Pangkat Brigedier Jeneral Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan ASP yang mana penerimanya ialah Kolonel Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki yang telah dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral berkuat kuasa 19 Januari lepas.

Kolonel Dato Sri Mohamad Abu Bakar Marzuki Kenaikan Pangkat Brigedier Jeneral Dalam Angkatan Sukarela Persekutuan ASP

Beliau kekal sebagai Komander Rejimen 510 Askar Wataniah.

Manakala kategori kedua pula ialah bagi mereka yang menerima Penganugerahan Tauliah Mejar Kehormat Dalam ASP.

Antara penerimanya ialah Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Datu Abdullah Julaihi, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, dan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dr Zaidi Razak.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak, Datu Abdullah Julaihi
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie
Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority, Dr Zaidi Razak

Turut hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Mardzuki Muhammad. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan